Disko Dansa Generasiku menghimpunkan dua nama ikonik yang pernah membentuk landskap muzik alternatif Malaysia — OAG dan The Times.

10

Oktober, 2026

OAG & The Times: Disco Dansa Generasiku

ODEON, Kuala Lumpur
8:45 p.m. – 10:45 p.m.
Kategori Tiket

Dapatkan Tiket Sekarang!

Saksikan OAG dan The Times secara langsung pada 10 Oktober 2026 di ODEON KL. Dapatkan tiket sebelum kehabisan.

Disco Dansa

RM139Per tiket
  • Free standing area
Beli Tiket
SOLD OUT!

Generasiku

RM189Per tiket
  • Premium sitting
Beli Tiket

After Party Meet & Greet

*This is additional on top of ticket price
RM150
  • Poster, tshirt & refreshments
Beli Tiket
image7
image17
Mengenai konsert

Satu Malam. Dua Band Ikonik. Sebuah Generasi.

Disko Dansa Generasiku menghimpunkan dua nama ikonik yang pernah membentuk landskap muzik alternatif Malaysia — OAG dan The Times — dalam sebuah malam yang meraikan muzik, nostalgia dan perjalanan sebuah generasi.

Daripada era kaset, CD dan MP3 hinggalah ke era penstriman hari ini, lagu-lagu mereka terus hidup dalam ingatan. Setiap petikan gitar, setiap lirik dan setiap korus membawa kita kembali ke zaman yang penuh impian, persahabatan dan kenangan yang tidak pernah pudar.

Konsert ini akan berlangsung di Odeon KL, sebuah venue bersejarah yang pernah menjadi pawagam ikonik di tengah-tengah Kuala Lumpur. Kini diberi nafas baharu sebagai ruang seni dan acara, Odeon KL menjadi latar yang sempurna untuk menghidupkan semula kenangan sebuah generasi.

informasi

Info & Maklumat Tiket

ODEON KL menjadi lokasi rasmi Disco Dansa Generasiku pada 10 Oktober 2026.

ODEON-logo-dark

Di Sinilah Generasi Kita Akan Bertemu

Dengan karakter urban dan suasana yang dekat dengan budaya seni serta hiburan Kuala Lumpur, lokasi ini akan menjadi latar kepada sebuah malam yang dipenuhi muzik, cahaya dan memori.

OAG × THE TIMES

Dua Zaman, Satu Susur Galur

Sebuah catatan ringkas tentang dua nama yang pernah menjadi bunyi sebuah zaman - dan malam apabila dua generasi itu bertemu di satu pentas.

Sebelum Algorithm, Ada Scene

Sebelum Spotify, YouTube dan TikTok menentukan apa yang kita dengar, muzik bergerak dengan cara yang berbeza. Kita jumpa band melalui radio, majalah, kaset, CD, gig – atau daripada seorang kawan yang cakap, “Kau kena dengar band ni.”

Dalam sejarah muzik alternatif Malaysia, antara nama yang paling kuat mewakili zaman itu ialah OAG.

OAG: Bunyi Yang Berbeza

Ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 1992 sebagai Old Automatic Garbage, OAG muncul ketika rock, pop dan balada masih menguasai muzik arus perdana. Mereka pula datang dengan sesuatu yang lain – alternative rock, fuzzy guitars, melodi pop, English lyrics dan imej santai yang cukup berbeza untuk muzik tempatan ketika itu.

Pada 1994, album pertama Old Automatic Garbage memperkenalkan sebuah lagu yang kemudian menjadi klasik: “60’s TV.”

Di bawah Positive Tone, OAG menjadi sebahagian daripada gelombang muzik alternatif tempatan yang mula mendapat perhatian lebih besar. Album pertama mereka dilaporkan mencapai triple platinum dan pada 1996, OAG memenangi Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik.

Tetapi pengaruh OAG bukan sekadar jualan atau anugerah. Mereka membuktikan bahawa sebuah band Malaysia boleh berbunyi lain, kelihatan lain – dan masih mendapat tempat dalam budaya popular.

Apabila OAG kemudian bergerak lebih jauh ke dalam Bahasa Melayu, lagu seperti “Generasiku” mengukuhkan lagi hubungan mereka dengan pendengar tempatan.

Daripada OAG, Bermula Satu Cerita Baru

Seperti kebanyakan band yang melalui perjalanan panjang, line-up OAG berubah beberapa kali. Pada awal 2000-an, dua beradik – Naza dan Mono – menjadi sebahagian daripada OAG. Naza bermain gitar, sementara Mono berada di posisi bass.

Tempoh itu tidak panjang, tetapi ia menjadi satu titik penting dalam susur galur ini. Apabila perjalanan mereka bersama OAG berakhir, Naza dan Mono memilih untuk mengejar arah muzik mereka sendiri. Pada 31 Ogos 2004, lahirlah The Times.

The Times tidak pernah cuba menjadi OAG versi kedua. Mereka membina dunia mereka sendiri – British pop, mod, psychedelia dan rock ‘n’ roll, dengan pengaruh daripada The Kinks, Small Faces, Bowie, Morrissey dan Oasis.

Dan di celah semua pengaruh British itu ada satu nama yang sangat dekat dengan kita: P. Ramlee.

The Times mengambil semua itu dan menjadikannya sesuatu yang tersendiri – British pada bunyi dan gaya, tetapi Melayu pada bahasa, humour dan perasaannya.

Soda Pop, Rok 'N' Roll & Generasi Indie

Pada November 2004, The Times melancarkan album pertama mereka, Soda Pop Rok ‘N’ Roll.

“Gadisku Dalam Koma,” “Pesona Algebra” dan “Mawar Liar” memperkenalkan karakter The Times: romantik, playful, psychedelic dan sedikit pelik. Album itu membawa mereka ke kelompok Top 5 Artis Baru Terbaik AIM 2005.

Kemudian muncul Nada Melankolik Malaya dan Modern Minimalis Glamour – ketika budaya indie tempatan sedang berkembang dengan gig, blog muzik, forum, MySpace dan CD-R yang bertukar tangan sesama kawan.

The Times menjadi sebahagian daripada bunyi, gaya dan identiti generasi itu.

Dan Pada 10.10, Dua Zaman Ini Bertemu

OAG dan The Times lahir daripada dua zaman berbeza. Tetapi ada satu garis yang menghubungkan kedua-duanya:

OAG → NAZA & MONO → THE TIMES

Daripada “60’s TV” dan “Generasiku” kepada Soda Pop Rok ‘N’ Roll dan Nada Melankolik Malaya – dua chapter muzik alternatif Malaysia kini berkongsi satu pentas.

Bukan sekadar satu lagi gig. Ini pertemuan dua generasi, dua katalog dan dua zaman yang pernah membentuk budaya alternatif tempatan.

Untuk mereka yang berada di situ sejak zaman kaset, CD dan gig underground – ini reunion dengan sebuah zaman. Untuk generasi yang menemui lagu-lagu ini kemudian- inilah peluang untuk merasainya sendiri.

Menuju Disco Dansa Generasiku

Days
:
Hours
:
Minutes
:
Seconds